Monday, May 27, 2013

Jerit perih

Andai aku bersyukur dengan nikmat yang diberi, kenapa aku masih selalu mengeluh?
Andai aku bersyukur atas segalanya, kenapa mesti aku merungut?
Teruknya rasa diri ini.
Tapi bagaimana?
Memang yang sekarang ini tidak mencukupi.
Maksud aku, walau rezeki yang aku ada ini bukan untuk dimegah, tapi aku masih mahu lebih.
Yang aku ada sekarang, kurang dari cukup.
Payahnya rasa bila keringat dikerah tidak setimpal.
Sakit hati ini menahan segala perit.
Kenapa mesti aku bersusah untuk orang lain?
Aku masih tertanya-tanya.
Jika mahu bahagia bersama, kenapa tidak engkau berkorban bersama aku?
Kenapa aku rasa seperti kau mengambil kesempatan terhadap kesenangan aku?
Aku tahu yang rasa ini salah.
Aku faham kau juga tidak mewah.
Tapi, aku hanya mahu hak aku.
Kepunyaan aku, janganlah kau ambil kalau tiada tolak ansur.

Aku kerja untuk aku rasa mewah.
Biarlah walau dikit pun.
Aku tak kisah.
Asal hati aku senang, aku puas hati.
Aku mahu reward diri aku lepas aku penat bekerja.
Cuti aku korbankan untuk dapat rezeki lebih.

Tolonglah faham.
Aku tak tertanggung lagi.
Untuk pikul segala tanggungan.

Tolong bayar hutang aku

2 comments:

  1. haishh.. pasal hutang mmg sensitif kan? haha.. kdg2 ari2 jmpe depan2 pun bole buat tatau.. haha, sabar je la

    ReplyDelete
  2. how very true indeed...hutang buat kita runsing

    ReplyDelete