Wednesday, September 11, 2013

Apa kau masih ingat pada aku?

Diam sekian lama.
Aku masih di sini.
Meneruskan bersama sisa-sisa kenangan kita.
Tiap kali aku bernafas, wajahmu sentiasa difikiran.

Aku ngerti, kau punya hidup yang lain.
Yang kini makin bertambah cerianya.
Senang sekali aku lihat engkau bahagia.
Alhamdulillah.

Memang itu yang aku pohon padaNya.

Pohon supaya engkau lupakan aku.
Supaya engkau ingat kewajibanmu.

Kita pernah salah.
Yang kita tak fikir panjang.
Hanya leka dan alpa.

Namun,
kenangan kita bersama,
tidak mungkin aku lupa.

Semuanya masih segar dalam benakku.
Engkau antara yang terbaik pernah terjadi dalam hidupku.
Sungguh.
Walaupun seketika,
kau ajar aku erti cinta sebenar.

Cinta dan sayang yang dalam satu masa,
satu ketika.
Kita bahagia, gelak ketawa bagai dunia kita yang punya.

Mana mungkin aku lupa itu semua.
Engkau,
pernah menyinggah dalam hati aku,
hidup aku,
akan aku abadikan dalam mimpi-mimpiku.

Aku rindu itu semua,
namun,
aku tak mau itu semua berulang lagi.

Cukup sayang. Cukup.

Doa aku,
berbahagialah kau.

Aku sentiasa di sini.

No comments:

Post a Comment