Tuesday, June 10, 2014

Peminat tegar? Berangan.

Seronok kalau pasal kita, orang bercerita. Seronok kalau cerita kita, disebarkan. 



Tapi, kalau yang tersebar itu cerita buruk, kisah sejarah hitam, apa yang nak dibanggakan?

Aku ingat, aku dah duduk diam-diam tak kacau kau. 
Aku ingat, aku dah cukup senyap tak layan kau. 


Rupa-rupanya, sengketa kita belum habis lagi. 
Memang bagus kau merebut peluang yang ada. 

Siapa lagi si penyebar itu kalau bukan kau? Kau nak cakap aku fitnah kau? Mungkin. Tapi memang kalau bukan kau, si sepolan seorang lagi? 

Memang padan. Baguslah. 

Untuk kesekian kalinya, terima kasih untuk segala penyebaran cerita itu. Aku memang takkan buat apa-apa sebab aku bukan tuhan. 

Hanya perempuan yang boleh menulis di sini dan berdoa kepadaNya. Biarlah. Buatlah. Cakaplah. Apa yang kau suka. 

Allah itu Maha Adil. Mungkin harini aib aku dibuka kerana kelakuan aku terhadap kau yang teruk pada masa lampau.  Tapi aib aku yang kau tolong sebar harini, sangat dahsyat. Sangat.

Redha. 

Apa-apa pun, Terima kasih kerana sangat-sangat berminat dengan kehidupan aku.  


No comments:

Post a Comment